Invoice Manual Mudah Hilang dan Susah Jejak
Ramai usahawan kecil masih mengeluarkan invoice dalam bentuk dokumen Word atau Excel yang diedit satu per satu. Selain memakan masa, cara ini mudah menyebabkan nombor invoice berganda, maklumat tersilap dan rekod sukar dijejak. Online invoicing menggunakan sistem khas yang mengautomasi banyak langkah, daripada menjana nombor invoice, menyimpan butiran pelanggan hingga menghantar emel terus kepada mereka.
Kelebihan Sistem Online Invoicing
Dengan sistem online, anda boleh mencipta invoice baru dalam beberapa klik menggunakan template sedia ada. Nombor invois dihasilkan secara automatik mengikut turutan, dan status bayaran boleh ditanda sebagai belum bayar, sebahagian atau penuh. Ada sistem yang turut menghantar peringatan automatik kepada pelanggan jika tarikh bayaran hampir atau sudah lepas.
Ini menjadikan aliran tunai lebih mudah dipantau tanpa perlu menyemak fail satu persatu.
Kesimpulan
Online invoicing membantu bisnes kecil kelihatan lebih profesional sambil mengurangkan kesilapan manual. Dengan rekod yang tersusun dan proses penghantaran yang cepat, anda menghabiskan kurang masa mengejar bayaran dan lebih banyak masa pada kerja yang menjana pendapatan.
Pilih sistem yang sesuai dengan tahap bisnes anda, cuba pada beberapa pelanggan terlebih dahulu, dan apabila selesa, jadikan ia standard untuk semua urusan invois.
